RED VELVET CAKE










Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
ari nie nak share resepi kek red velvet yang saya belajar semalam di Kolej Komuniti Masjid Tanah.Malam sebelum pergi kursus tu ade gak wat research tentang kek nie kat blog2.hanya untuk kepastian...sebab tertanya2 mcm mane rupa kek red velvet nih...ok kite jgn buang mase trus tgok bahannye dan cara nak wat...


Red Velvet Cake
Oleh:Adza Zariyah

Bahan A-Untuk di ayak bersama
  • 250gm tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 2 tsp cocoa powder
*Tepung gandum dan baking powder boleh juga di gantikan dengan tepung naik sendiri.

Bahan B:
  • 240 ml susu cair
  • 1 tsp cuka
  • 2 tbsp pewarna merah
*Campurkan susu cair dan cuka biarkan sebati bersama selama 10 minit kemudian baru masukkan pewarna merah.Kacau rata dan ketepikan.

Bahan C:
  • 113 gm butter
  • 300 gm gula kastor
  • 2 biji telur (gred A/B)
  • 1 tsp esen vanilla
Bahan D:
  • 1 tsp cuka
  • 1 tsp soda bicarbonate
Topping-Cream cheese frosting.
  • 200gm cream cheese Philadelphia
  • 200 gm butter
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1/4 cawan gula aising-diayak
*Boleh tambah sedikit perasa lemon jika suka-untuk mengurangkan bau cheese. 

Cara-cara:
  1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan juga esen vanilla.Putar lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung berselang seli dengan susu(bahan B).Semasa proses ini masukkan tepung dahulu dan berakhir dengan tepung juga.Putar lagi hingga sebati.
  4. Campurkan cuka dan soda bicarbonat(bahan D)biarkan hingga buih hilang dan baru masukkan dalam adunan dan kacau sebati guna spatula .
  5. Masukkan dalam loyang yang telah disapu dengan butter dan bakar dalam suhu 180c selama 45 atau hingga masak.Suhu mengikut kepanasan oven masing2.
Untuk topping:
  1. Putar cream cheese dan butter hingga kembang dan masukkan gula asing sedikit demi sedikit dan putar lagi.Masukkan esen vanilla atau perasa lemon jika suka.
  2. Bila kek telah sejuk.letak kek diatas kaki kek ,belah 2 kek tanda dulu,calit skit je dgn cream cheese tu,agar tempat yg kita potong tadi sama bila dicantumkan.selepas itu sapu cream cheese kat tengah2 jangan terlalu tebal,nipis jer.kemudian cantumkan.
  3. Barulah sapu cream pada seluruh kek.mulakan dengan letak krim kat atas kek,ratakan guna spatula besi.kemudian,sapu cream dibahagian tepi kek.semasa buat sapuan pastikan kedudukan spatula tegak.hanya pusing  pelantar tu dan ratakan keseluruhannya.
  4. tabur lebihan kek yg dihancurkan ditengah2 kek.buatlah deko ikut kreativiti anda,
  5. Selamat mencuba.

***Terima kasih kepada Puan Nurul Hidayah selaku tenaga pengajar yang banyak memberi tunjuk ajar dalam proses membuat kek red velvet ni.